-->

Wednesday, August 29, 2012

Aku di "LAMAR"~


FUYOOO~ Dapat temuduga tu...tapi...


























































*click pada image untuk besarkannya...


Tgk pada syarat-syaratnya...hak3...
memang FAILED la bohh.. :"(

Wednesday, August 22, 2012

Puasa 6 di Bulan Syawal


KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL
Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.
Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”
Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.
Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.
Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Nota: Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Sumber link : http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627

Thursday, August 16, 2012

Makalah Hadith : 3 Golongan Yg Akan Celaka


 عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.


Terjemahan:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
Uraian Al-Hadis:
Di dalam hadis di atas terdapat tiga golongan akan mendapat kecelakaan atau akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT, iaitu:
  1. Orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah.
  1. Orang yang apabila disebut nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) di sisinya lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam).
  1. Orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua, atau salah seorang daripadanya, namun ibubapanya itu tidak menjadi sebab untuk ia masuk surga Allah.
1.      Bulan Ramadhan Bulan Ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa. Bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh setiap umat Islam yang mengerti tentang fadhilatnya. Bula yang sepuluh awalnya mengandungi rahmat, sepuluh pertengahannya mengandungi maghfirah (ampunan), dan sepuluh akhirnya pembebasan manusia daripada api neraka.
Baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) pernah bersabda: “Kalaulah manusia mengetahui tentang fadhilat yang terdapat dalam bulan Ramadhan, niscaya umatku pasti menginginkan kalau boleh seluruh bulan dalam setahun adalah Ramadhan”.
Nilai amalan manusia dalam bulan Ramadhan tidak sama dengan nilai amalan mereka di luar Ramadhan. Amalan sunat sama dengan amalan wajib, dan yang wajib pula ganjarannya 70 ganda. Dan Lailatul Qadar hanya terdapat dalam bulan Ramadhan. Amalan pada malam itu lebih baik daripada amalan 1000 bulan (84 bulan).
Allah SWT senantiasa menerima tobat hamba-hambaNya dan lebih-lebih lagi tentunya dalam bulan Ramadhan. Malahan amal saleh yang dilakukannya dalam bulan tersebut akan turut menghapuskan dosa-dosa kecilnya.
Atas dasar pertimbangan di atas, bagaimanakah jika ada manusia yang mendapati bulan ampunan namun dosa-dosanya tidak juga diampunkan oleh Allah. Bukankah ini memberi gambaran betapa durjananya manusia tersebut. Lingkungan yang relatif lebih baik dalam bulan Ramadhan tidak dapat mempengaruhinya agar menjadi manusia baik.
Bukankah baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) pernah menyatakan bahwa pada bulan Ramadhan semua syaitan diikat dan dibelenggu? Jadi sungguh celaka kalau seseorang mendapati bulan yang penuh berkat, namun dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah. Wal ‘Iyadzu Billaah Min Dzaalik.

2.      Fadhilat Salawat Ke Atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam)
Di antara adab orang mukmin kepada Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) ialah membaca salawat ke atas beliau apabila kita mendengar nama baginda disebut. Ini adalah sebagai tanda penghormatan kita kepada beliau yang sangat berjasa menyelamatkan kita dari lembah kejahilan kepada cahaya hidayah.
Bersalawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam) sangat besar ganjarannya. Lebih-lebih lagi jika salawat itu kita ucapkan pada Hari Jum’at. Dan jika kita bersalawat ke atas beliau sekali maka Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Salawat Allah kepada hambaNya ialah dengan mencucuri rahmat dan berkatNya dalam hidup orang yang bersangkutan.
Jadi mengingat betapa besarnya ganjaran salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam) itu maka Nabi pernah menyatakan dalam hadisnya bahwa selokek-lokek umatku ialah orang yang apabila namaku disebut lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat dan salam.
Jadi sungguh tepatlah kalau malaikat Jibrail sampai mendo’akan celaka ke atas orang yang jika disebut nama baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat dan salam.

3.      Durhaka Kepada Ibubapa
Berbakti (ihsan) kepada kedua ibubapa adalah termasuk perintah yang paling utama sesudah kewajipan kita beribadah kepada Allah. Itulah sebabnya sungguh banyak ayat Al-Quran yang menggandengkan antara ibadah kepada Allah dengan ihsan kepada ibubapa. Umpamanya firman Allah:
وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibubapa”.
(An-Nisaa 4:36)
Dan sebaliknya durhaka kepada ibubapa adalah dosa yang paling besar sesudah syirik. Ini sebagaimana sabda Rasul (sallallahu alaihi wasalam):
“Adakah aku khabarkan kepadamu dosa-dosa besar yang paling besar? (beliau ulang tiga kali). Iaitu: Syirik kepada Allah dan durhaka kepada dua ibubapa”.
[HR Bukhari dan Muslim]
Kesan perbuatan durhaka kepada ibubapa bukan hanya akan dirasakan azabnya oleh anak ketika di akhirat nanti tetapi sejak di dunia lagi sudah akan dinampakkan oleh Allah. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah siksaannya pada Hari Kiamat kecuali dosa durhaka kepada ibubapa, maka Allah akan menampakkan siksaannya ke atas pelakunya di dunia lagi sebelum di akhirat”.
[HR Al-Hakim dan Al-Ashbahany]
Anak yang durhaka selain hidupnya tidak diberkati oleh Allah SWT juga sukar baginya mengucap dua kalimah syahadat menjelang matinya. Ingatlah “Kisah ‘Alqamah”, walaupun ia seorang sahabat Nabi yang banyak solat dan sadakahnya tetapi karena ia telah menyinggung perasaan ibunya, maka lidahnya menjadi kelu untuk mengucap kalimah tauhid ketika sakaratul maut. Ibunya tersinggung karena setelah ‘Alqamah kahwin ia tidak lagi memperhatikan nasib ibunya.
Oleh itu, jika kita berbuat baik kepada ibubapa di dunia ini, kita bukan saja mendapat ganjaran besar di akhirat nanti tetapi juga akan mendapat keutamaan yang lain di dunia ini seperti panjang umur dan murah rezki. Ini sebagaimana sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam).
“Siapa yang ingin agar umurnya dipanjangkan dan rezkinya ditambahkan, maka hendaklah ia berbuat baik kepada dua ibubapanya dan menghubungkan tali silaturrahmi”.
[HR Imam Ahmad]
Kesimpulan:
Kandungan hadis bab di atas seolah-olah menyuruh kita agar menjalin hubungan baik senantiasa dengan Allah SWT, dan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam), dan ibubapa kita. Ketiga-tiga pihak tersebut sangat berjasa dalam hidup kita. Oleh itu tingkatkan dalam bulan Ramadhan. Hormatilah Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dengan mengikuti sunnahnya dan banyak bersalawat kepadanya. Dan berbaktilah kepada kedua ibubapa sebab merekalah yang menjadi penyebab zahir kita di atas muka bumi ini.




*makalah: penulisan
 copied

Friday, July 13, 2012

Kisah Imam Ghazali bersama 4 Muridnya


Jarang kita tahu perkataan imam besar zaman dahulu. Kata-kata itu ternyata 100% benar. Imam ghazali kalau bergurau dengan murid-muridnya punya makna yang mendalam. Hari ini kita (terutama penulis) jauh dari kata-kata yang benar itu. Karena itu mari kita camkan dalam hati kita tentang teka-teki berikut.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (baca: semacam cepat tepat ) :

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).”

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

rujukan: http://warmfuzzy.wordpress.com/2007/08/page/2/

Monday, July 9, 2012

Iblis Menipu Ketika Mati



 Syaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu.Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan. Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah. Aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."




Rombongan Satu 
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya..


Rombongan Dua 
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya..


Rombongan Tiga 
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya...


Rombongan Empat 
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya..


Rombongan Lima 
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan 
tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu: 
"Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami 
masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya..


Rombongan Enam 
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia: 
"Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada 
kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama 
dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."
Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah. Aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga 
palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah zat Allah?"
Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena..... Lalu berkata ulama palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi..... 

Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini."
 Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia..


Rombongan Tujuh 
Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin:  "lah Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud:  "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: lah Ilaaha Illallah.



3 Golongan yang dicintai dan 3 Golongan yang dibenci ALLAH




Dalam hadis Qudsi disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dibenci Allah SWT , iaitu : 


3 GOLONGAN YANG PALING DICINTAI ALLAH SWT
  1. Allah SWT mencintai orang yang tawaduk tetapi Allah SWT sangat mencintai orang kaya yang tawaduk . 
  2.  Allah SWT mencintai orang yang pemurah tetapi Allah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah . 
  3. Allah SWT mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat menyintai orang muda yang bertaubat . 


3 GOLONGAN YANG PALING DIBENCI ALLAH SWT
  1. 1Allah SWT membenci orang yang takbur , tetapi Allah SWT  sangat membenci orang kaya yang takbur. 
  2.  Allah SWT membenci orang bakhil tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil .
  3.  Allah SWT membenci orang yang tidak mahu bertaubat tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat .  

Sementara itu , Luqman ada berpesan kepada anaknya : 

"Sepanjang hidupku , aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka para Nabi untuk dijadikan pegangan hidup iaitu "  :

  1.  Apabila engkau bersolat jagalah baik-baik fikiranmu.
  2.  Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain jagalah pandangan matamu . 
  3.  Apabila engkau di dalam majlis, jagalah lidahmu . 
  4.  Ingatlah kepada Allah swt sepanjang masa . 
  5.  Ingatlah akan mati , iaitu bersedia hadapi maut. 
  6. Lupakan budi baik terhadap orang lain. 
  7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu .  

*Petikan Daripada :  Cerita serta doa dari hadis dan al-quran , Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 105.

Tuesday, July 3, 2012

'Warming Up' Sebelum Ketibaan Ramadhan



Hari ini 3 Julai 2012 bersamaan dengan 13 Sya'ban 1433 Hijriah dan kurang dari 3 minggu setengah kita akan menyambut bulan mulia iaitu Ramadhan pada 20hb Julai 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Oleh kerana bulan itu bulan puasa, maka kita hendaklah melakukan latihan berpuasa dan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk kita dibulan yang mulia agar sentiasa tampak sihat dan bertenaga. Saya kongsikan 10 perkara yang boleh kita semua lakukan sebelum menjelangnya Ramadhan.


*klik utk besarkan imej


National Archieve