-->

Tuesday, September 13, 2011

Fakta Tentang Penang 2nd Bridge

  •  Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion (sebenarnya RM 2.3 something sahaja..hehe)
  •  Menghubungkan Batu Kawan (sekangkang kera ja dr umah aku) di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang
  • Panjangnya 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Pembinaan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2011 dan Menteri Besar PP, Lim Guat Eng berkata pembinan sudah 25 peratus siap... (la pon dah bulan 9 dah tapi.. haha)

 Itu semua wikipodia yang habai mai kat aku, tapi ini, haaa..lain sikit ceritanya.

  • Sebenarnya Penanga telah tercalon untuk menjadi lokasi strategik untuk menghubungkan Kepala Batas dan Pulau Pinang, namun setelah bancian jumlah kenderaan di kaji, pihak mendapati lebih banyak kenderaan masuk dari arah Selatan, maka, mereka terpaksa mengubahnya ke Batu Kawan.

  • Penanga terpilih kerana dahulunya semasa PakLah memerintah, Kepala Batas telah terpilih untuk menjadi IMTGT iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand Golden Triangle dimana ia akan jadi hot spot untuk para pemerintah dan bisnessman datang untuk berbincang bersama. Ketika itu Malaysia sudahpun merancangkan Jambatan Penang ke-3 Namun kontrak itu terbatal apabila PakLah jatuh dan menteri-menteri lain gagal mempertahankan kontrak itu. Kini Thailand telah mendapat kontrak tu.
  •  Ketika itu banyak Dato'-Dato' yang menyokong rancangan itu sudahpun mula membuka tanah untuk membina hotel-hotel, namun apabila PakLah jatuh, semuanya jatuh tersungkur juga...
  • Syarikat dari Korea dan China berlumba-lumba untuk mendapatkan kontrak bernilai RM 3 biillion tu, tapi China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd, syarikat-syarikat dari China telah menang tender itu. Kenapa? Sebab 'Malaysia' mengatakan bahan binaan dari Korea tidak kukuh dan bangunan mereka mudah runtuh pabila berlakunya gempa bumi.



Sekiranya PakLah seorang pemimpin yang bersifat visionist seperti Dr.M (aku tak sokong mana-mana politik, tapi, kalau bab otak pemikiran Dr.M, aku tabik) , Malaysia sudah pun berjaya dan kaya raya. Tapi lihatlah, latest, kerajaan kita sanggup terima kontrak dari Australia untuk membina loji pelupusan tenaga nuklear di Pahang. Australia sebuah negara yang besar dengan sedikit penduduk. Tapi kenapa nak buat kat sini? Nampak? Bodoh tak bodoh kita ni..Taik orang kita kutip, apa cer? 

Projek Gerbang Selatan, di kensel, walhal kalau PakLah tak kensel, JB akan konker balik Selat Johor tu, konker kapal2 yang berlalu pergi. Korang tau ke bapa juta tol kapal2 tuh? Mahal bang. Tengok Singapore, buat duit dengan port dia ja. They own a "frontier" class fort taw, the no. 4th IN THE WORLD. Kita apa ada? haha. Port Klang tu aku tengok taik berisi jagung dok terapung ada la. 
Sorilah aku ad lari tajuk sikit, tapi tu la. Aku nak share sikit apa yang aku tahu ngan hampa semua ni..supaya kita sedar dimana kita sekarang ni. Di mana kita nanti. Bagaimana kita nanti. Kita especially barisan para guru, kita lah yang harus jalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa dan negara. Kita harus baca jugak bahagian bisness  dan politik bila baca newspaper tu, biar ilmu betul-betul penuh di dada, insya ALLAH berjaya anak-anak bangsa.
**ps: Paklah lemah, bukan bodoh ok. Org bawah2 dia yg pedajai dia tuu..kesian gak kat dia.

4 comments:

  1. banyak aku nak komen nih. tapi... jap2. nanti aku datang sini balek. tengah ada hal sket. hee..

    ReplyDelete
  2. hm.. terlambat lak aku meh sini balek. hehe

    aa..actually aku nak cakap pasal paklah. tapi.. since orang tua tu pon dah turon... rasa cam xbest lak nak ungkit2 psal dia di syawal mulia nih. so.. aku kiv dulu. ^^

    well, sekadar nak buat lawak sket. kenapa M'sia tak amik tender korea? sebab risau.. jambatan tu ter-berfesyen2 k-pop. setiap kilometer ada muka super junior dgn SNSD payah gak.. hahaha! xD

    ReplyDelete
  3. hahahaha, siak. lawak tul!! silap2 ada tugu SNSD setiap 1km yg berkemungkinan akan jd penyebab statistik kemalangan meningkat! XD

    ReplyDelete


National Archieve