-->

Saturday, January 7, 2012


 Haha..atas permintaan cik Nana Liyana kita yang kunun2 sangap sangat nak baca blog hampeh aku ni, aku pon terPAKSA lah mengapdet blog aku yang entah apa-apa ni.

Berbekalkan minda yang kosong lagi takdak idea apa nak tenyeh kat blog aku ni, aku nak story lah pasal 5 fevret food aku masa kecik-kecik dulu (doesnt mean aku dah tua okayyy~) yang memang orang kata dah hampir mission impossible nak carik sekarang ni. 

Mengikut carta kegemaran:


5) Eskim Phop Malaysia

Walaupun aku ni berbangsa Pan-Asia, memang dah sebati dengan darah daging aku aiskrim ni. Dengan modal 10sen ja, memang tak sah kalau tak beli lepas kelas mengaji dengan Ateh, nenek yang mengajar aku mengaji kat kampung dulu. Skang ni, dengan RM10 pun belum tentu dapat cari lagi kat kedai kat Penang ni.



4) Asam Katok

Haa yang ni spesel, sebab apa? Sebab rata-rata anak-anak muda yang sebaya aku pon belom penah try makan ni. Enak dimakan begitu sahaja tatkala tengah tekangkang depan tv sambil dok layan Hindustan dihujung minggu. Siyesly aku xla buat camtu. SIYES ni.



3) Sagon

Pernah dengar? kalau tak, hampa memang kategori orang apa pun aku tataw la...haha...ni makanan budak2 masa zaman 90-an dulu kot. Orang kata, ibarat ganja la bagi budak2 masa tu. Dia rasa masin-masin manis gitu haa. Ada nyiok sikit dalam tepung tu. Aku nak cerita pon xreti sebab tok aku taw la buat, aku taw makan ja. haha. Tapi siyesly, sangat rare nak jumpak skg ni.



2) Kuih Sampan

Tiap2 kali raya, inilah satu-satunya kuih yang aku selalu idamkan nak makan. Yelah, last time aku makan pon aku rasa masa tahun 1998-99 dulu. Susah nak buat kuih ni, acuan pon mahal sebab acuannya besi, bukan kertas mcm org dok pakai la ni. Harap-harap raya tahun ni, or tahun-tahun akan datang akan adalah SESEORANG yg bleh buatkan untuk aku, stg mati dalam kesedihan plak aku ni, haha.



orait, dah sampai ke pnghujungnya..to the last contender. Ini lah satu-satunya makanan aku yang tak pernah jatuh setangga pon dalam kalbu aku ni.



1) Kuih Siphut

Kuih siput, susah nak jumpa skg ni (tahun lepas pon aku makan kt bilik lecturer aku sebab dia jamu aku haha) sebab orang la gemar kuih-kuih modern macam almond London walaupun dok kat ceruk Kuala Nerang. Mungkin depa nk 'feel' mcm dok kot London kot, entah la. Kuih ni sedap makan sambil tengok movie.




Kuih ni renyah (serabut) sikit kalau nak buat, sbb tu jarang orang buat dah. 
Yela,






1st: Hampa kena pi cari siput dulu. Kena cari yang macam ni.












 2: Hampa kena gaul dengan tepung daging siput tu, then gentel2 plak camni.


  
Hehehehe...nampak. Sekali buat kena beratus-ratus. Sebab tu orang malas nk buat kuih ni.
:'(

4 comments:


National Archieve