-->

Wednesday, June 27, 2012

Harga Sebuah Perjalanan


        Kalau kita nak pergi bercuti, agak2 berapa bajet kita? Emm, ok lah, katakan kita nak pi Kuala Lumpur, mesti at least RM500-600 dalam tangan kan, baru best dapat jalan-jalan & shopping kan? Tapi kan, cuba kira balik, berapa kita dah abis kat minyak & tol...pegi balik saja dah RM200 habis kan? So...camna nk enjoy nantikan?? Hmm.. tapi kalau nak enjoy punya pasal, takda hal punya nak makan megi sampai 2 minggu kan, mcam lah tak pernah buat masa tengah belajar dulu kan (hahaha..).

Tapi inilah senario sebenar yang kita dapat lihat pada hari ini (sebab aku bercakap dari pengalaman aku jugak). Kita TIDAK KISAH berbelanja ke arah duniawi...

Takkk, aku tak cakap tak boleh pun. Haha.


Cuma, 

Cuba kita intergrasikan sistem yang sama dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim/Muslimat, dalam sebuah kembara yang sangat-sangat-sangat jauh, tiada penghujungnya.. rasa-rasa cukup tak lagi bajet kita sekarang? Tepuk dada tanya diri..


Kadang-kadang kita tak tahu kat mana kita pernah buat silap, sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan, pernah termengumpat kat kawan-kawan ke..semua ni akan di kira di "tol" akhirat nanti. Makin banyak dosa kita, makin mahal lah cas tol tu...nak bagi senang faham. Betul tak? Lau xcukup bajet, silap-silap tak lepas toll tu bang, akak, adik-adik oii...tak ke naya..




Nak lepas tol ni plak, ada 3 jenis, Tunai, Touch n Go & SMARTAG. Ofkoz la smartag yang paling cepat & mudah kan?? Sebenarnya dalam "tol" akhirat nanti pun kita akan masuk kedalam ketiga jenis lorong "tol" yang berlainan..

1) Tunai - bagi Muslimin yang sekadar mengucap 2 kalimah syahadah

2) Touch n Go - bagi Mukmin yang beriman kepada ALLAH

3) SMARTAG  - bagi Muttaqin, orang yang bertakwa kepada ALLAH, membuat semua yang wajib dan meningalkan yang haram dan memperbanyakkan yang sunat dan meninggalkan yang makruh dan syubhah

Bagi Muttqin ni kedudukan mereka sangat-sangat istimewa kerana mereka ni boleh lepas titian al-sirat tanpa dihisab, wallhualam.. best tak? Kalau aku, aku pun nak..tapi kena usaha betul-betul lah, kena yakin dengan setiap ibadah dan kebaikkan yang kita lakukan ada ganjarannya dari ALLAH..insyaALLAH..

"Seorang itu tidak akan dapat mencapai peringkat muttaqin hinggalah beliau meninggalkan perkara yang tidak menjadi kesalahan jika dilakukan kerana takut terjatuh ke dalam perkara yang tidak boleh dilakukan" (Hadith Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al Hakim dan Tirmizi berkata : Hadith ini Hassan)"




1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik dan mudah untuk difahami ....bagus. Teruskan usaha anda itu k...janji istiqamah k....

    salam perkenalan,salam ukhuwah

    ReplyDelete


National Archieve