-->

Saturday, March 19, 2011

Ekspidisi Terhebat Di Abad Ini

Tatkala manusia2 lain bertempiaram berkelahi dan berkejaran sesama merika ala-ala lembu menari, aku tetap disini menanti dengan sabarya.

Perginya aku pada jam 2 petang sesudah selesai sholat Jumaat di Kampungku. Sungguh menyedihkan kerna sholat Jumaat disini tidak lagi sama seperti 15tahun lepas. Anak-anak muda sebaya dan sedarjat namun tidak sekepala sudah hilang dari pandangan, Mahzan, seorang sahabat telah disahkan berkahwen pada tahon lepas, namun maseh belum beranak cucu. Saufi, hilang khabarnya setelah menjalani pembedahan kepala (tu yang orang gtaw aku la) , ntah maseh hidup ntah tidak. Wallahualam.

Tiada galang ganti seorang nenek.
Aku berhempas pulas, memulas segala yang ada. segala kepala sudah ku pulas, ku gosok-gosok, ku gesel-gesel degan rakusnya. Changlun destinasi kami, yakni Klenet Sudram Ram (yang kununnya spesialis dalam mengobat sakit orat buntut).

Oh, habeslah sudah kad Sentuh Pergiku. Perginya sahaja sudah memakan Kepala Agong (RM) 30. Minyaknya pula Kepala Agong 60 (ron 97 kottt). Oh hancur sudah,punah dompetku menjadi cebisan-cebisan di lembah kehinaan. Di tambah-tambah pula dengan hujan yang diranjis Tuhan Yg maha berkuasa. Lebatnya tidak terkata.

Namun, perjalan harus diteruskan. Dr. Sudram Ram sedang senyum, menanti dengan penuh kesabaran tak sabaq nak kedarah duit kami arr tuh.

Malu bertanya, sesat jalan. namun, lain pula yang terjadi. Bertanya kepada seorang macek penjual Pelam tentang arah Klenet menjadi punca. Dengan tidak bersunguh-sungguh, ketawa kecil berhilai, beliau menjawap. Oh macek. Pun*** anda. Hang memang pedajai aku laaa.

Tiada cara. Ku berhenti saja di balai Pulis. "Oh, Datuk. Di manakah Klenet ini?" ku bertanya pada pulis trapit itu dengan nada monotone.

"Di depan sana nak. Lepas trapit lite, anak ambil kiri. Yg seperti temasya itulah ia." Beliau menjawap seperti pulis tipikal yang laen dalam nada truetone. Terima kaseh Datuk.

Sampai sudah di Kelenet Sudram Ram, celaka. Doktor cuteee!!! ( cuba la bayang prasaan aku ni...hai, sabor jelaa)


 

4 comments:


National Archieve