-->

Wednesday, July 20, 2011

Masjid Kobe

Ingat tak lagi dahulu kita pernah digemparkan dengan berita Masjid Aceh yang berdiri teguh walaupun dilanda ombak tsunami dan gempa berukuran 9.1?














Kini aku nak gemparkan pulak hampa semua dengan 1 lagi kisah. Kisah yang mugkin tidak ramai yang tahu. Kisah ni mengambil tempat di Jepun.

Masjid Kobe
Masjid ini diberi nama Masjid . Ia merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia. Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur. KDi saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan yang dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim Mosque langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar biasa, Kobe Mosque hanya mengalami ‘luka-luka’ ringan sahaja. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.


 













Terselamat daripada musnah buat kali KEDUA

Masjid Kobe lama
17hb Jan 1995. susulan gempa bumi berukuran 6.5  Gempa bumi dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem penghubungan bandar Kobe terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling sibuk di Jepun telah rosak teruk sehingga ia jatuh ke tangga ketiga selepas daripada tragedi Januari 1995 itu. Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah memakan korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala 300,000 orang mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal. Tetapi, alangkah ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia hampir tujuh dekad ini masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden yang baru berusia satu dekad atau kurang runtuh menyembah bumi...




Masjid Kobe (sekarang)

Allahuakhbar...lihatlah, tanda2 keagungan Allah...

0 comments:

Post a Comment


National Archieve