-->

Saturday, July 16, 2011

Nafas Terakhir

*gambar hiasan
Tatkala remaja2 lain sibuk meng-apudet (updet) kisah2 harian mereka, aku pula ingin meng-updet kisah selepas hidup. setai an? igt, suka tu suka jugak nooh.


 Tanda 100 hari sebelum hari mati:
 Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


 Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
 Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
 Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


 ******************************************************************************************************************** 

Mati itu adalah ketentuan Allah SWT. Sudah suratan takdir yang tidak dapat diubah-ubah lagi. Allah SWT berfirman maksudnya:

 Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan dan sesaat pun tidak dapat didahulukan(Surah Al-A’raf: 34)

Tepat pada waktunya menurut perjanjian, maka malaikat maut itu melaksanakan tugasnya. Dia mencabut, mengeluarkan nyawa seseorang itu bukan dengan tangan sebagaimana yang terbayang dalam ingatan kita, melainkan cukup dengan perkataan “Keluarlah engkau” Maka keluarlah dia.

Adapun bentuk malaikat maut dalam mencabut nyawa seseorang itu tidak tetap, berubah-ubah. Ini sesuai dengan amal perbuatan orang itu selama hidupnya. Kalau mencabut atau mengeluarkan nyawa orang beriman dan beramal soleh, maka bentuk malaikat maut bagus dan menyenangkan. Tetapi sebaliknya, kalau mencabut roh orang kafir atau berdosa, maka bentuknya mengerikan dan menakutkan sekali. Hal ini dapat dibaca dari kisah Nabi Ibrahim as.

Nabi Ibrahim as mempunyai sebuah surau. Kalau akan sembahyang, maka surau itu akan ditutupnya. Pada suatu hari ketika dia hendak sembahyang, dibukanya surau itu. Ada seorang pemuda di dalamnya.

Tanya Nabi Ibrahim: “Siapa yang mengizinkan engkau masuk? Apakah engkau malaikat?”
“Ya , aku ini malaikat maut.”

Maka terjadilah perbincangan antara Nabi Ibrahim dengan malaikat maut dari hal bentuk malaikat maut mencabut nyawa orang berdosa. Hal ini dinyatakan dalam hadis dari Ibnu Abbas sebagai berikut:

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Nabi Ibrahim as. pernah bertanya kepada malaikat maut, tanya-nya:

“Hai, malaikat maut. Tunjukkanlah bentuk engkau ketika engkau mencabut nyawa orang kafir.”

“Palingkanlah muka engkau!” Kata malaikat maut

Lalu Nabi Ibrahim memalingkan mukanya. Sesudah itu dia menoleh lagi. Maka kelihatan malaikat maut itu seperti seorang yang bertubuh hitam. Kakinya berada di bumi dan kepalanya tersentak ke langit. Bentuknya sangat menakutkan. Dari bawah tiap bulunya menyembur api.

Maka bersabda Nabi SAW kalau dia mencabut nyawa orang kafir sama dengan memandang kepada sebuah piring yang sedang di tanganya. Yang demikian itu timbul gentar dan takut kepadanya. Setelah dia mengambil nyawa orang itu, maka bentuknya kembali seperti biasa . (Riwayat:Muslim)

Malaikat itu makhluk ghaib yang bentuknya dapat berubah-ubah menurut apa yang apa disukainya. Demikian juga malaikat maut. Hal ini sesuai pada iktikad dan amal perbuatan seseorang selama dia hidup. Kalau orang itu beriman dan beramal soleh, malaikat maut datang menyerupai apa yang dicintainya selama ini.


Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana..

Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga..

Wahai ALLAH… Terimalah kepulanganku..hambaMU..

 

 

 

 

 **sekadar perkongsian dan peringatan kepad rakan2 di luar sana dan juga diri saya..

ingatlah, yang paling dengan kita bukanlah harta duniawi atau ahli keluarga..

.sebaliknya MAUT yg mungkin menjelma bila2 masa sahaja...

ayuh! bersiap siaga.

 

1 comment:


National Archieve