-->

Tuesday, August 2, 2011

This is "Memang Best Brooo"

Ok. Aku malas nak berdrama Melayu macam dalam post-post aku yang sebelum ni dah sebab aku dah mengantuk tahap gila baban dah ni. Alkisah semalam aku sakit, (teetttttt, rahsia, aku tak taw), sampai pengsan 2 kali gamaknya dalam bilik aku. Then member aku, Jay ngan BangBil PB hantaq la aku pi Hospital Besaw P.Pinang dalam kul 11.30malam tuh ... lepas2 aku check in nama aku, aku pon tunggulah. Alangkah tidak terkejutnya aku bila aku jumpak junior TESL aku jugak kat sana, prangai turun temurun jugak, stok nak amik MC tak mau pi kelaih, hahaha. Ada la dalam sejam setongah aku tunggu...then doc pon seru lah nama aku ke dalam bilik bernama BILIK NO.5. misteri dak nama bilik tu?!! klo hampa kata dak, hampa mmg ad problem laa...haha. Doc pon chek2.. dok interview macam aku nak apply kerja kilang aih. "Takpala, len kali saya bawak PV saya skali noh, saya memang nak mintak kerja kat sini, tak sakit tang man-mana aih. sajaa ja galak.", kata aku kepada doc tuh..


Amboih, persis diculik alien, aku diraba-raba. dicocoknya dawai mesyin apa ntah satu persatu disana-sini kat badan aku.."awww, sejuk sial besi kat spital tuh!"  Namun, atas nama sains, aku merelakan diriku diperlaku sebegitu. Then... haa.... ini 1 part yang aku betul-betul anti! DIA NAK AMIK DARAH AKU! aku ulangi.. DARAH, bukan DARA! mak aih... depa ni taktaw ka aku ni spisis yang hematophobia, manusia kacukan Caucasian yang takut tengok darah!! arghhh.. kalau lepas dia amik darah tu aku jadi kuat dan gagah perkasa macam Kapten Amerika takpala jugak. ni makin dok sedoooot darah aku, makin kering la aku!! sakitttt!~


Then doc cakap, kena tahan kat wad, dalam 2jam sebab nk tunggu result blood test. Aku pon hantaq la Sistem Pesanan RIngkas (SMS) kat BgBil kata aku kena tahan, depa bleh la chow dulu. Depa pun chow la.... haha, siak tol. Then adoii...ada pulak nurse comei kemain nama "AiN"....aummm!! hehehe...marah bini aku nanti. takpala, depa soh aku rest kat katil yang penuh kuman bektria yang bisa berjangkit tuh, mampoih la aku nak tdok. haha. Kunun-kunun macho la, sampai koi 3 aku duduk ja kat katil tu, tak tidok, hahaha. Tapi sat sajala, pastu aku baring jugak, sakit dah badan dok dudok ja, phuii! Tunggu punya tungu...sampai koi 4 pagi...aku ingatkan result dah kuaq sebab aku tengok ada 3 orang dok sembang pasai aku. "weei, i'm not deaf and of course, i'm not DEAD yet lah!" sembang macam aku ni ada penyakit pelik apadia daktah sampai 3orang doktor nk kena bukak table, buat teruk gila depa ni! 


Jam menunjukkan tepat pukul 5pagi....


Mana dia result aku tuuu? Dah 3jam setengah aku tungu niii. Nak tidok tak bleh, sebab ada nyonya gila sebelah aku. Kheja dia dok panggil orang ja pastu nak kopi. Kopi jela yang dia taw sebut pon, Bahasa Melayu tak reti langsung. Adess, ad plak pakcik Indian depan aku. Ini lagi bikin aku panasss. Boleh dia tidok berdengkoq, KROOHH!~ KROOOH!~ supa dok dirumah nuh. Hingaq nak mampuih! Tengok jam balik, dah koi 5.15pagi. Tak boleh jadi ni. silap2, tak sahor aku pagi ni, so aku pun memberanikan diri, p jumpak doc-doc tuh, tanya depa pasai result aku... hampa nak taw ka result dia cmna? siyesly??






































Depa tak proses lagi pun darah aku tu! PHUiiiiiiiiiiii!!!!  Memang aku dok buat kritikan panas dalam hati jela time tuh, mana bleh tahan broo....lalu aku mintak la early discharge. Depa pun kata OK. Then aku pun mintak la copy result mesyin sebelum tuh kat depa, sebab aku ingat nak wat blood test tu ngan ibu aku ja (dia misi, so cepat jela sebenaqnya)...tapi, depa tak bagi...punya la kedekut.....


Inilah cerita aku pada pagi 2 Ramadhan, Hijrah 1432...so, memang best kan bro-bro skalian?
Aku sudahi dengan wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt...
jam dah kul 7.12pagi...kelas....zzZzz....  -____- 


 

3 comments:

  1. aku da kate jgn makan banyak sangat waktu terawih..hg ketegak..kan da sakit....

    hehe jgn marah ye lep

    ReplyDelete
  2. i mean waktu buke..hehe silap

    ReplyDelete
  3. ahahaa klakar btul abg senior sorang ni :P

    ReplyDelete


National Archieve