-->

Monday, July 25, 2011

Malam 24/ 7/ 2011

Hati yang pada mulanya berdolak dalih bagai dicengkam rapi dek nafsu dan godaan shaitan berjaya ku tangkis, berbekalkan jiwa yang ingin berubah di samping mencari keredaan ALLAH ..alhamdulillah. Perjalanan ke IPG Tengku Bainun, Bukit Mertajam bermula pada jam 5.30petang, disertai oleh kumpulan Qasidah I4P, Al-Faidh dan juga beberapa orang pelajar Pengajian Agama yang sesetengahnya sudah ada di IPTB pada awal pagi lagi. Topiknya mendalam, ILMU TASSAWUF, yang sebelum ini aku pernah dengar namun tidak terlintas untuk mendalaminya. Apa itu ILMU TASSAWUF? Jangan tanya aku, aku juga belum tahu. Bertanyalah kepada tuan guru masing2, in sya Allah, akan mengerti sedikit sebanyak. Tuan Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi nama diberi. Insan yang telah menerangi malam 24 Julai semalam, dan malam2 yang sebelumnya, bagiku. Tiada ungkapan kata, hanya ketaran dibadan yang berbicara ketikaku bersalaman dan mencium pipinya...menyingkapkan perbezaan 2 insan ini..






Qasidah I4P & IPTB.



0 comments:

Post a Comment


National Archieve