-->

Tuesday, April 5, 2011

malasnakbuattajukah

"Pantek"

Suatu struktur ayat yang terbahagi kepada 2 bound-morpheme yang sekiranya dipisahkan, ia tidak bermakna sama sekali. Tapi cukup untuk mengsuasanakan jiwa aku yang tengah gundah gulana petang tadi....


 
 
 Astaghfirullahalazim..

Hanya kemutan kalimah itu yang bergelora dibibirku tatkala aku melihat front part kereta aku calar...LAGI. Kesannya bukan sedikit. Persisnya seperti gempa berskala 10.0 di skala AlepLembhin. Coraknya berpetak, mungkin sekali sebuah kotak yang berat atau beg yang durjana beratnya diletakkan disitu. Atau, mungkin sekali bontot yang sudah loboh didaratkan disitu. Namun, itu pasti bukan sama sekali bukan kejadian alam, bukan kerna makhluk Allah yang berakal mahupun tidak apatah lagi jika menuduh sang raja buah, Sang Derian (Durian) sebagai pemangsa apex pun tak. Mana mungkin boleh terdapat pokok durian di jalan-jalan kotaraya Pulau Pinang ini? Sebaliknya, aku percaya angkara makhluk yang lebih durjana dari haiwan tidak berakal sifatnya. Nak kata cerdik, tak mungkin. Nak kata bodoh, ye kot, tapi cam kasaq sangat ja. Nak kata bangang nanti terasa pula.
So, yang mana?


Saban hari situasi kereta aku makin menjadi-jadi. Aku tak mahu cakap kasar. AKu bakal guru. Aku kena belajar behave. Tapi kadang-kadang berlakunya dugaan tebal menebal yang meragut jiwa macam ni aku pun tak terdaya nak menahan rasa hatiku ni. Kereta tu aku bayar guna duit sendiri. Tiap-tiap hari berpenat lelah mencuci, mengilap, menternak, mengajar dsbg dan yang penting sekali, aku bayar guna pakai duit aku sendiri. Duit hasil titik peluh aku sendiri (bapak aku cakap, "laki kena pakai duit sendiri, baru semua barang jd berharga" :) ), bukan macam anak makbapak yang lain. MINTAK SAJA, SEMUA BARANG "PERCUMA" JATUH KE RIBA.

 
 
 
 
 
 
 
 
Ada otak, guna.

1 comment:


National Archieve